Dapatkan maklumat lengkap!
Hubungi Kami: whatsapp 010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

Kami boleh uruskan perceraian di Thailand bagi pasangan yang telah nikah di sana tapi tak mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia.

WHATSAPP ATAU TELEFON 010-365 8513 UNTUK DAPATKAN SURAT CERAI DARI THAILAND

Urusan Cerai di Thailand 2023

Surat nikah perlu dibawa untuk semua permohonan cerai di Thailand.

Surat nikah perlu berdaftar dengan Konsulat Malaysia di Songkhla sebelum surat pengesahan cerai boleh diperolehi dari Konsulat

Pasangan Malaysia yang nikah di Thailand, kemudian tidak mendaftar setelah balik ke Malaysia, bolehlah bercerai di Majlis Agama Islam di Thailand.

Sekiranya suami pergi seorang untuk mendaftar cerai di Thailand, atau kedua-dua pasangaan pergi bersama untuk bercerai di sana, perceraian boleh didaftarkan di Majlis Agama Islam tempat nikah dulu di Selatan Thailand (yang diiktiraf oleh Malaysia). Setelah mendapat surat cerai, pergi ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan cerai dari Konsulat Malaysia.

Perceraian di Thailand yang berlangsung dalam waktu PKP tidak akan mendapat surat pengesahan dari Konsulat, walaupun permohonan dibuat kepada Konsulat setelah tamat PKP, tapi cerai itu tetap sah.

Isteri yang pergi ke Thailand untuk menuntut fasakh pun hanya boleh menuntut cerai di Majlis Agama Islam tempat dia nikah. Tuntutan cerai tak boleh dibuat di Majlis Agama Islam lain. Biasanya, dia perlu pergi ke sana dua kali. Kali pertama untuk membuat aduan dan kali kedua untuk perbicaraan dan mendapat surat cerai.

Jangkamasa antara pergi kali pertama dan pergi kali kedua berbeza, bergantung kepada Pejabat Agama.

Kalau isteri dipukul oleh suami, buat laporan polis dan pemeriksaan doktor. Bawa laporan polis dan laporan doktor ke Thailand untuk tuntut cerai.

Setelah mendapat surat cerai, dia juga perlu mendapatkan surat pengesahan cerai dari Konsulat Malaysia di Songkhla.

Cerai taklik memerlukan bukti yang kukuh dan kehadiran dua orang saksi (bukan ibu atau ayah atau anak kepada isteri yang menuntut cerai).

Isteri Memohon Cerai di Thailand

1. Fasakh: Cerai Taklik

Cerai taklik boleh dipohon oleh isteri apabila suami telah melanggar syarat taklik, samada syarat yang disertakan dalam surat nikah, atau syarat taklik yang diadakan oleh pasangan setelah nikah.

Syarat Taklik

Contoh syarat taklik yang disertakan dalam surat nikah adalah seperti berikut (surat nikah dari Majlis Agama Islam Songkhla):

Saya (nama suami) ialah suami kepada (nama isteri) yang sah pada hukum syarak, boleh berjanji terhadap isteri di hadapan jurunikah dan saksi dengan kata:

Bahawa saya akan memelihara isteri saya mengikut hukum syarak.

Saya tidak akan menceraikan isteri saya dengan sesuka hati sebelum memaklumkan kepada pihak yang berkenaan. Saya berlafaz taklik dengan katanya:

  • Sekiranya saya tidak dapat bersekedudukan dengan isteri saya atau
  • saya menyakiti akan dia sebagai menyakiti yang melampau atau
  • saya tidak dapat bersekedudukan dengannya seperti suami isteri orang ramai lebih daripada empat bulan
maka mengadu ia kepada ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam wilayah yang berkenaan, serta mendapatkan dua orang saksi di atas dakwaannya, dan diisbatkan pengaduannya, maka tertalak dia satu talak; dan jika saya ruju' akan dia yang tertalak dengan taklik ini atau dengan talak yang lain dengan ketiadaan redhanya, maka tertalak ia satu talak pula.

Contoh syarat taklik yang bukan dalam surat nikah ialah apabila suami memberi syarat kepada isteri "Kalau awak keluar rumah hari ni, maka tertalaklah kita" atau "Kalau saya merokok lagi maka tertalaklah kita".

Sekiranya syarat taklik seperti ini dilanggar, maka jatuhlah talak.

2. Membuat Aduan Cerai Taklik

a) Suami melanggar syarat taklik dalam Surat Nikah

Untuk menuntut cerai taklik di Thailand, lakukan seperti berikut:

b) Melanggar syarat taklik yang ditetapkan sendiri

Syarat taklik yang ditetapkan sendiri biasanya tidak mempunyai saksi. Tapi, kalau syarat taklik begini telah diingkari, perlulah pasangan itu pergi ke Pejabat Agama di Thailand untuk mendapatkan surat cerai dan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla.

3. Fasakh : Selain Taklik

Isteri boleh menuntut cerai fasakh dalam beberapa keadaan, termasuk yang berikut:
  • suami gila
  • suami mengidap penyakit berbahaya yang berjangkit, seperti kusta, sopak, AIDS dan sebagainya
  • suami tidak mampu melakukan persetubuhan
  • suami tak mampu memberi nafkah kepada isteri, seperti makan-minum, tempat tinggal dan pakaian
  • Suami mendesak melakukan persetubuhan sebelum membayar maskahwin yang dijanjikan
  • suami meninggalkan isterinya terlalu lama tanpa khabar berita
  • suami yang mendera atau memudaratkan isteri
  • suami yang fasik (contoh: tidak solat, puasa atau membayar zakat tanpa sebab yang munasabah, berzina, berjudi, minum arak dan sebagainya)
  • suami seorang penjenayah
  • suami dipenjarakan bagi tempoh yang lama
  • suami menjadi murtad

4. Cara Menuntut Cerai Fasakh

Untuk menuntut cerai fasakh, isteri perlu pergi ke Pejabat Agama di Thailand (tempat nikah dulu), dengan membawa bukti yang kukuh atas segala pertuduhan yang dibuat terhadap suami, serta membawa dua orang saksi lelaki (bukan ayah atau anak).

Sebagai contoh, kalau suami mendera isteri secara fizikal, bawa bersama laporan Polis dan laporan dari doktor, selain dua orang saksi.

Sekiranya bukti yang dibawa sudah cukup kukuh, perceraian boleh berlaku pada hari tuntutan fasakh dibuat di Pejabat Agama di sana.

Pemilihan Tarikh untuk ke Thailand

Pilih mana-mana dua atau tiga hari bekerja untuk bercerai di Thailand, supaya boleh balik dengan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, selain cerai dan surat pengesahan cerai dari Majlis Agama Islam di sana.

Kalau tak boleh, pergi sehari sahaja dulu, dan pergi semula kemudian nanti untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Surat pengesahan ini akan diperlukan sekiranya isteri berhajat untuk kahwin dengan orang lain kemudian nanti.


Borang Pertanyaan/Maklumbalas

Hantar whatsapp kepada +60103658513 (Ridzwan) atau isi ruang berikut untuk menghubungi kami berkenaan cerai di Thailand.

Ruang Bertanda * Perlu Diisi

Berikan maklumat berikut:
1. Nikah di Pejabat Agama mana
2. Surat nikah ada pengesahan Konsulat?
3. Alasan untuk bercerai
4. Adakah suami bersetuju untuk cerai
5. Ada anak melalui perkahwinan ini?
6. Mahukan balasan melalui emel atau whatsapp
Berikan jawapan yang lengkap supaya kami boleh berikan jawapan yang lengkap juga