Dapatkan maklumat lengkap!
Hubungi Kami: whatsapp 010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

Program Test & Go

Kalau pergi ke Thailand melalui Hat Yai, perlu ada tempahan hotel terlebih dahulu.

Apabila sampai, ambil ujian Covid di sana dan kuarantin satu malam di hotel yang telah ditempah sementara menunggu hasil ujian Covid.

Syarat-syarat Test & Go

Syarat-syarat berikut digunapakai sekarang.

Penerbangan ke Thailand

Ambil penerbangan ke Hat Yai setelah membuat semua persediaan seperti di atas

Apabila tiba di sana, setiap penumpang akan dikenakan ujian Covid-19. Kos untuk ujian ini adalah sekitar RM400 seorang. Kemudian, pergi ke hotel yang telah ditempah sementara menunggu hasil ujian Covid-19 dan kuarantin di sana selama 1 malam. Hasil ujian akan diperolehi dalam masa kurang sehari. Ujian kedua Covid akan dilakukan pada hari ke-5, kalau ingin berada di sana 5 hari atau lebih.

Tempahan hotel di Thailand

Untuk bermalam di Hat Yai, pilih mana-mana hotel dari sini.

Cari hotel di tengah bandar supaya mudah mencari kedai makan halal.

Insuran Covid

Insuran Covid bernilai sekurang-kurangnya US$20,000 diperlukan untuk setiap pengunjung ke Thailand. Ada banyak syarikat yang menawarkan insuran ini. Harga untuk insuran US$20,000 untuk 30 hari adalah sekitar RM400.

Buat carian "Thailand covid insurance" dalam Google dan pilih mana yang berkenan.

Thailand Pass

Pass ini diperlukan untuk setiap pengunjung ke Thailand, yang tiba melalui lapangan terbang, dalam masa Covid ni. Menurut maklumat dari beberapa laman web Thai, masa yang dipelukan untuk mendapat pass ini mungkin sehingga 7 hari (atau kurang). Untuk memohon Thailand Pass, semua dokumen yang tersenarai di atas hendaklah telah tersedia (kecuali borang T8).

Klik di sini untuk memohon Thailand Pass

Aplikasi MorChana

Aplikasi MorChana adalah aplikasi MySejahtera yang Thailand gunakan.

Muat turun aplikasi MorChana dari Google Play Store atau iOS App Store. Atau muat turun dari laman web ini

Borang Kesihataan T8

Borang ini akan disediakan di lapangan terbang masa tiba di sana. Isi borang ini sebelum sampai ke kaunter imigresen.

Kalau nak isi awal borang ini boleh dimuat turun dari laman web ini

Pakej Nikah di Thailand

Dua hari bekerja diperlukan untuk pakej ini. maksudnya, bukan bermula pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, atau hari Cuti Am Malaysia atau Thailand.

Perjalanan bermula dari mana-mana hotel di Hat Yai, pukul 7 pagi waktu Thailand. Dari sana, kami bawa ke Majlis Agama Islam Songkhla untuk nikah. Kemudian, kami bawa ke Konsulat Malaysia untuk serahkan dokumen untuk pengesahan. Selepas itu, kami hantar semula ke hotel di Hat Yai.

Pada tengahari hari kedua, kami bawa semula ke Konsulat untuk ambil semua dokumen yang telah disahkan oleh Konsulat. Selepas itu, kamu hantar semula ke hotel atau ke lapangan terbang Hat Yai, bagi mereka yang terus balik melalui Bangkok.

Dokumen untuk Perkahwinan di Thailand

  1. Kad Pengenalan
  2. Pasport atau Pas Sempadan

    Pasport hendaklah mempunyai baki tempoh sah tak kurang dari 6 bulan dari tarikh memasuki Siam. Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport, harga membuat pasport baru ialah RM200. Pasport sah untuk tempoh 5 tahun.

    Pas sempadan hanya boleh dipohon oleh penduduk bagi tiga daerah paling Utara di Perak (bersempadan dengan Yala, Kedah dan Penang), selain Perlis, Kedah dan Kelantan. Penduduk negeri-negri lain perlukan pasport antarabangsa.

    Mereka yang dikenakan sekatan perjalanan (disebabkan muflis, sekatan PTPTN atau lain-lain) tidak dibenarkan untuk membuat pasport atau pas sempadan. Semak status sekatan perjalanan di sini.

  3. Bagi janda/balu:

    Bawa surat kematian suami atau surat cerai yang asal.

    Kalau baru bercerai dan belum menerima surat cerai, tunggu sehingga dapat surat cerai sebelum perkahwinan di Thailand. Surat pengesahan dari Konsulat tidak akan dikeluarkan tanpa surat cerai/kematian suami yang asal.

    Pastikan juga tempoh iddah sudah tamat. MAIS menggunakan tempoh 3 bulan 10 hari untuk iddah bagi perempuan yang bercerai, bukan 3 kali suci. Tunggu tempoh yang lebih panjang diantara dua itu.

  4. Bagi polis atau tentera:

    Sebaik-baiknya dapatkan kebenaran bertulis dari jabatan masing-masing dulu. Konsulat Malaysia tidak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah bagi anggota Polis atau Tentera yang tidak mempunyai surat kebenaran dari Ketua Jabatan masing-masing.

    Bagi bekas Polis atau Tentera, sila bawa surat pelepasan (persaraan) masing-masing.

  5. Bagi warga negara asing (bukan dari ASEAN):

    Semak dari Kedutaan Siam, samada di Malaysia atau di negara asal mereka, apa yang diperlukan untuk mendapatkan visa dari Kedutaan Siam sebelum memasuki Siam. Kegagalan berbuat demikian memungkinkan mereka tidak dibenarkan memasuki Siam.

    Harus diketahui bahawa bukan semua warga asing boleh memohon visa Thai dari Kedutaan Thai di Malaysia. Ada yang perlu balik ke negara masing-masing untuk memohon visa.

    Telefon Kedutaan Thailand di Jalan Ampang untuk mengetahui prosedur memohon visa bagi warga asing.