Hubungi Kami Tel: 017-328 5129 atau whatsapp 010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

Kami boleh bawa ke Thailand untuk nikah siri atau nikah rahsia. Kami bawa ke salah satu Pejabat Agama di sana supaya nikah siri itu dilakukan oleh wali hakim yang dilantik oleh Pejabat Agama.

Jangan bawa imam dari Siam atau Indonesia untuk menjadi wali bagi nikah siri di Malaysia. Kalau buat begitu, nikah siri tu tak sah sebab wali nikah tu tak sah. Wali hakim atau wali am yang sah cuma yang dilantik oleh pihak berkuasa (Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah) di tempat nikah saja.

Hukum dan Maksud Nikah Siri

Nikah siri ialah kahwin rahsia. Perkataan siri berasal dari perkataan Arab Sirri yang bermaksud rahsia. Maka nikah siri ialah pernikahan yang dirahsiakan.

Nikah Siri sering menjadi tidak sah akibat dinikahkan oleh wali atau jurunikah yang tidak sah.

Pasangan yang ingin nikah diam-diam perlu menggunakan samada wali nasab atau wali yang dilantik oleh Kerajaan di mana pernikahan itu berlangsung. Jika tidak, maka pernikahan itu tidak sah.

Sekiranya dinikahkan oleh seorang yang tidak layak menjadi wali, maka pasangan harus berpisah sehingga mereka nikah semula dengan memenuhi semua syarat-syarat sah nikah.

Bagi sesiapa yang ingin nikah siri tapi tidak boleh melakukannya di Malaysia, jangan mencari sindiket. Nikah di Pejabat Agama Islam Thailand adalah penyelesaian yang lebih baik.

Hukum Nikah Siri Dalam Islam

nikah siri ialah nikah rahsia

Nikah siri ialah nikah yang dirahsiakan, samada dari keluarga dan wali nasab, atau dari Kerajaan. Untuk merahsiakan, mungkin pasangan itu tidak tinggal bersama dan tidak melakukan kenduri kahwin, sama seperti pasangan yang nikah gantung, tapi mereka melakukan senggama.

Nikah siri ada tiga jenis. Di antaranya, ada yang sah dan ada yang tak sah. Yang sah ialah yang memenuhi semua rukun sah nikah.

Yang tak sah, biasanya, ialah yang dinikahkan oleh wali atau jurunikah yang tak layak menikahkan pasangan berkenaan.

1. Nikah Siri yang Tidak Sah

Hadith sahih menyatakan bahawa Raja menjadi wali bagi mereka yang tidak mempunyai wali. Maksudnya, kalau tak ada wali nasab, maka pemerintah atau Kerajaan di tempat nikah itu saja yang boleh melantik seorang wali bagi pasangan yang ingin bernikah. Pasangan itu tak boleh melantik wali sendiri. Orang lain pun tak boleh melantik wali bagi mereka. Yang boleh melantik wali cuma Kerajaan di tempat nikah.

Sering terjadi, terutamanya di kalangan penduduk Indonesia di Malaysia, nikah siri berlangsung menggunakan wali atau jurunikah yang bukan wali nasab dan bukan pula wali yang dilantik oleh Kerajaan (Pejabat Agama atau mahkamah Syariah) di tempat pernikahan itu berlangsung. Maksudnya, mereka kahwin senyap dengan wali tahkim.

Pernikahan begitu adalah tidak sah, dan pasangan tidak boleh bersekedudukan seperti pasangan suami-isteri yang lain. Mereka perlu berpisah sehingga nikah semula secara sah.

Satu lagi nikah siri yang tidak sah ialah pernikahan yang berlangsung di sempadan Malaysia-Thailand di sebelah Malaysia, contohnya di Perlis atau Kelantan, di mana jurunikah dan wali dibawa masuk dari Thailand, dan pasangan menerima surat nikah dari Thailand.

Pernikahan begini juga tidak sah, sebab wali tidak dilantik oleh Kerajaan di mana pernikahan berlangsung. Harus diingat bahawa Kerajaan Perlis dan Kerajaan Kelantan tidak melantik imam Siam untuk mewalikan pernikahan di negeri-negeri tersebut!

2. Nikah Siri yang Sah, Dirahsiakan daripada Wali

Pernikahan begini biasanya berlangsung di Pejabat Agama Islam di luar negara, terutamanya Thailand.

Pernikahan berlangsung lebih dari dua marhalah dari tempat wali nasab berada pada masa nikah berlangsung, untuk membolehkan wali am atau wali hakim (yang dilantik oleh Kerajaan di tempat nikah) menikahkan dengan memenuhi semua syarat-syarat sah nikah.

Pernikahan kemudiannya didaftarkan di Pejabat Agama di Malaysia, tanpa pengetahuan wali nasab.

Nikah siri begini adalah sah mengikut hukum syarak dan mematuhi undang-undang Malaysia, setelah dibayar apa-apa denda yang dikenakan oleh Mahkamah Syariah.

3. Nikah yang Sah, Dirahsiakan daripada Kerajaan

Pernikahan dilangsungkan oleh wali nasab dan memenuhi semua syarat-syarat sah nikah. Tetapi, pernikahan ini tidak didaftarkan di Pejabat Agama dan pasangan yang nikah tidak mempunyai apa-apa dokumen sebagai bukti mereka telah nikah. Sekiranya disoal oleh Pegawai Pencewgah Maksiat, pasangan tak ada cara untuk membuktikan bahawa mereka telah bernikah, kecuali dengan membawa saksi nikah dan wali ke mahkamah. Mereka semua boleh dikenakan denda dan penjara.

Masalah lain juga boleh timbul dengan pernikahan cara ini, terutamanya kalau pasangan dikurniakan anak. Pendaftaran di JPN akan bermasalah dan hak anak untuk mendapat harta pusaka kemudian nanti akan bermasalah juga.

Punca Berlaku Nikah Siri

Kebanyakan nikah siri di kalangan rakyat Malaysia ialah pernikahan yang dirahsiakan dari wali. Dari pengalaman kami, punca utama pernikahan dirahsiakan adalah seperti berikut:

Dalam kes pasangan pelajar, nikah siri itu tidak didaftarkan di Malaysia. Tapi, dalam kes wali enggan, ada yang mendaftar dan ada yang tidak mendaftar di Malaysia. Yang tidak mendaftar ialah mereka yang masih berharap agar wali akan memberikan persetujuan kepada mereka untuk nikah semula di Malaysia.

Nikah Rahsia atau Kahwin Senyap di Thailand

Kami boleh membantu mana-mana pasangan yang bermasalah untuk nikah di Malaysia, sedangkan mengikut hukum syarak mereka layak untuk berkahwin. Kami boleh membawa pasangan demikian ke Thailand untuk kahwin senyap secara sah di Pejabat Agama yang diiktiraf oleh JAKIM.

Pasangan akan menerima surat nikah dan surat pengesahan nikah dari Pejabat Agama di Thailand, selain surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla.

Surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia adalah amat penting bila balik ke Malaysia nanti. Surat nikah dari Thailand tidak bermakna kalau tidak disertai dengan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Apa yang perlu dibawa Untuk kahwin di Thailand

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Warga asing hendaklah menyemak dengan Kedutaan Thailand samada mereka perlu memohon visa sebelum pergi ke Thailand.

Mualaf hendaklah berkhitan (bersunat) dahulu sebelum nikah di Majlis Agama Islam Songkhla.

Pemilihan Tarikh ke Thailand

Kalau boleh, pilih mana-mana dua hari bekerja untuk nikah siri di Thailand supaya boleh balik dengan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, selain sijil perkahwinan dan surat pengesahan dari MAIS.

Kalau tak boleh, pergi sehari sahaja dulu (hari bekerja), dan pergi semula kemudian nanti untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla.

Sila hubungi kami kalau tak boleh pergi pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat).

Surat pengesahan ini akan diperlukan untuk mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia. Kalau kahwin senyap dan belum nak daftar, surat ini akan menjadi bukti pernikahan di tempat yang sah, jika disoal oleh pegawai pencegah maksiat.

Borang Pertanyaan/Maklumbalas

Isi ruang berikut untuk menghubungi kami berkenaan nikah siri.

Ruang Bertanda * Perlu Diisi