Hubungi Kami Tel: 017-328 5129 atau whatsapp 010-365 8513 atau isi borang ini SEKARANG!!

Atau mari berjumpa di SUBANG JAYA untuk maklumat lanjut

Hubungi kami untuk nikah di Thailand

Nikah gantung atau nikah khitbah adalah pernikahan yang sah. Pasangan yang belum bersedia untuk hidup bersama sesuai untuk nikah gantung supaya tidak didorong oleh syaitan untuk melakukan zina. Kalau dah nikah gantung, cuma perlu kawal nafsu.

Maksud Nikah Khitbah atau Nikah Gantung

Khitbah bermaksud bertunang. Maksud nikah khitbah (atau nikah gantung) adalah perkahwinan yang memenuhi semua syarat-syarat sah nikah, tetapi pasangan belum hidup bersama, seolah-olah baru bertunang. Cara kahwin khitbah sama seperti perkahwinan biasa, cuma kenduri kahwin belum diadakan.

Di samping itu, tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri tidak diwajibkan keatas suami, sehingga mereka hidup serumah.

Oleh kerana mereka sudah pun berkahwin, mereka boleh keluar bersama atau belajar bersama atau apa-apa saja aktiviti yang melibatkan hanya mereka berdua. Cara ini lebih baik dari berkapel atau bertunang.

Pasangan yang nikah gantung boleh tidur bersama, sebab dah berkahwin, tapi perbuatan itu akan menamatkan tempoh kahwin khitbah. Kalau ditakdirkan berlaku kehamilan, anak itu adalah anak sah taraf.

Kahwin gantung berbeza dari nikah rahsia atau nikah siri.

Hukum Nikah Gantung Menurut Islam

Nikah khitbah memenuhi semua rukun kahwin - ada wali, ada dua orang saksi, ada calon suami dan calon isteri, dan ada ijab kabul. Lelaki juga memberikan mahar (maskahwin) kepada perempuan yang dikahwininya. Oleh yang demikian, kahwin gantung adalah sah kerana memenuhi semua syarat-syarat sah nikah dalam Islam.

Proses Nikah Gantung

Syarat sah nikah gantung adalah sama seperti nikah biasa. Rukun nikah perlu dipatuhi. Perlu ada wali pengantin perempuan (yang memenuhi syarat wali nikah), dua orang saksi nikah (yang memenuhi syarat saksi nikah), pasangan yang nikah dan maskahwin yang sesuai.

Prosedur nikah gantung pun sama seperti nikah yang biasa. Kalau nikah di Malaysia, kena pergi kursus kahwin dulu. Lafaz akad nikah pun sama seperti nikah biasa.

Setelah selesai majlis perkahwinan (majlis akad nikah), pasangan pengantin baru itu sah bergelar suami isteri, dengan surat nikah yang sah, tapi belum ada kenduri kahwin, belum berkirim hantaran nikah dan belum tinggal bersama.

Bagi yang ingin nikah gantung tanpa pengetahuan ibu bapa perlu melakukannya di luar negara, seperti niah di Thailand. Peraturan Pejabat Agama tak membenarkan nikah tanpa izin wali atau mahkamah.

Contoh Nikah Khitbah

Rasulullah dan Aisyah sendiri telah melakukannya. Mereka tidak terus tinggal bersama selepas perkahwinan mereka. Mereka tinggal berasingan selama 2-3 tahun. Sesudah itu baru mereka tinggal bersama.

Kebaikan Nikah Gantung

Dalam keadaan di mana pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah agak bebas dan para remaja sering berkapel, kahwin gantung adalah satu alternatif yang baik untuk mengelakkan berlakunya maksiat dan mengurangkan kelahiran anak tak sah taraf.

Setelah berkahwin, pasangan boleh bersama kemana sahaja. Tidak timbul soal zina atau kelahiran anak tak sah taraf. Tapi, kalau telah berlaku senggama (hubungan seks), perkahwinan itu tidak lagi dianggap sebagai kahwin khitbah, sebaliknya tanggungjawab suami dan isteri dalam perkahwinan biasa perlu dipikul mulai saat itu. Kalau masih belajar atau masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lazimnya dipikul sebagai suami-isteri, cubalah mengawal nafsu, sehingga masa yang lebih sesuai.

Sekiranya menghadapi masalah untuk berkahwin di Malaysia, kami kami menyediakan pakej perkahwinan lengkap, murah di Thailand. Kami boleh uruskan nikah misyar, khitbah, poligami, siri, dan sebagainya - asalkan nikah yang dibenarkan oleh hukum syarak.

Borang Pertanyaan/Maklumbalas

Isi ruang berikut untuk menghubungi kami berkenaan nikah khitbah.

Ruang Bertanda * Perlu Diisi